Saturday, December 15, 2018

India - Where India Meets India. Not even sure what that means.

Just today, while i was on the computer doing whatever that i always do, stumbled upon another info sharing from a facebook user. regarding India.

------------------------

Dilwale India 30.11.2018 - 9.12.2018 ðŸ‡®ðŸ‡³
.
Salam semua. Saya just nak share trip India kami (Jaipur-Agra-Delhi-Shimla-Delhi) pada awal Dec lepas.
Di Jaipur, kami stay di Eco Chalo Hostel. Owner Muslim. Rate pon ok. Kalau nak meriah shopping, boleh ke area Pink City di Hawa Mahal. Lebih murah dan lebih meriah. 
.
Jgn lupa install olacab utk kegunaan booked teksi. Apps lebih kurang mcm grab. Senang sbb kita dh boleh tahu harga. Kadang2 lebih murah drp auto.
.
Nak beli simcard, boleh beli kat luar airport. Dekat airport Vodafone simcard 2000 rupee. Kat luar kami beli 330 rupee sahaja. Murah byk beza.
.
Air mineral kena hati2. Bukan x boleh minum terus. Perhatikan kalau dh ada bekas buka tu, boleh minta tukar. Kami kena masa di Kalka. Nasib baik dia bg yg baru terus.
.
Nak ke Taj Mahal, sacrifice lah masa tidur dtg awal pagi. Kalau nak masuk tghari mmg dh ramai org. Pakai lah yg bersesuaian sbb dikeliling Taj Mahal dipenuhi ukiran2 ayat2 AlQuran. Jgn bawak makanan even biskut, rokok, lighter, kertas, buku, pen. Kalau bawa mmg security akan rampas terus. Jgn percaya ulat2 tiket. Terus beli di kaunter yg disediakan utk tourist. 1100 rupee dpt sekali air mineral dan alas kasut. Cari lah Pakcik Uddin ni. Dia mmg bagus dan harga yg dia minta pun antara yg murah!
.
Jgn lupa bawa mask. Delhi setiap masa mmg berdebu walaupun time sejuk.
.
Nak beli tiket train? Jgn lupa pergi ke Tourist Bureau kaunter yg disediakan di Tkt 1 New Delhi Railway Station. Akan ada org approach suruh beli tiket tempat lain dn bgtau tourist bureau dh tutup. Jgn percaya!
.
Metro di Delhi sgt2 senang dan murah. Pukul 5 pagi dh start Operation. Minimum token just bayar 10 rupee je.
.
Di Shimla, boleh guna olacab. Banyak je hostel dan hotel area mall road. Kalau bukan peak season. Boleh terus p booking adhoc kat sana. Masjid Jama ada di Lower Bazzar Shimla. Tp kami dok repeat makan ayam tandoori di Mughlai Restaurant di Lakkar Bazzar. Sedap!
.
Delhi-Kalka-Shimla, kami cadangkan naik train utk both way return. Boleh naik toy train Kalka-Shimla. Serik naik bas Shimla-Delhi sbb jalan dia mmg pening pusing2 lebih dashyat drp Cameron. Dua kali kami muntah keluar semua isi perut. Kalau nak naik bas, saya cadangkan naik bas yg disediakan oleh government. HTPDC bus. Tiket bas bole beli di Himachal Bhawan, near Mandi House metro station
.
Jama masjid di Old Delhi mmg syurga makanan halal di Delhi. Tp kalau ada anak2 kecik saya x sarankan sbb persekitaran yg sesak dan x terurus.
.
Tq pada yg memberi tips, sis Iema Alias Siti Noridah Et Zul Qelana dan lain2 rakan BBM. Bagi kami Shimla mmg best! Boleh lah nak buat persinggahan kalau nak ke Spiti Valley, Manali dan Kashmir (Kashmir dari Shimla 2 hari setengah naik bas).
.
Kalau ada yg nak join trip Darjeeling Jun/July 2019 roger lah ya. Tiket Malindo KL-Kolkata return RM 450.

No comments:

Post a Comment