Tuesday, August 28, 2018

Review Unit - Samsung Galaxy Note 9! Best ke tak best hoi!

Akhirnya hari ni, setelah bertahun tahun melobi, ada lah pihak yang sudi bagi pinjam unit galaxy note 9 ni untuk kite buat review.


Samsung Galaxy Note 9 - antara spec yang tak power yang termasuk dalam Note 9

- Bateri yang tahan lama - 4000 mah
- Ruang simpanan yang amat besar - sehingga 1 terabyte tau! 1 terabyte ni besar mane? besaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaar. emm
- System penyejukan cecair karbon untuk menyejukkan smartfon anda, dan mengelakkan kepanasan melampau bile main game!
- Display yang besar
- Processor yang power
- Sistem yang stabil
- kamera yang super lazat!
- dan yang paling penting, S-PEN. S-pen ni stylus yang datang sekali dengan fon ni, dan ade ciri - ciri yang super duper best untuk anda gunakan.

hoi hoi!

Nak tahu lebih lanjut pasal spesifikasi Samsung Galaxy Note 9 ni, anda boleh singgah ke laman web rasmi Samsung Galaxy Note 9 ni dengan menekan gambar kat bawah ni ha.


Video review fon ni nanti kite upload dekat youtube tau! jangan lupeeee singgah. xoxo

Tuesday, August 21, 2018

Kedai Nasi Ayam Seri Panji - tapi makan nasi goreng ayam pedas? Episod 006 gais!

Restoran nasi ayam seri panji.



Macam - macam menu lah ade kat sini ekceli. Mostly menu makan tengah hari. Antara favourite, nasi goreng ayam pedah, mee soup, rojak ayam special, nasi ayam dan mee soto.

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali jumaat, dari jam 9.30 hingga 4 petang.
Lokasi: Bersebelahan pasar pagi gong pauh, kuala terengganu.
Lokasi Google Maps / Waze : Coming soon.

Saye pegi makan nasi goreng ayam pedah. Skor? 5 star. habis hingga menjilat jariew. mihmihmih





Friday, August 17, 2018

Tips Kesihatan dari Dr. Erna Nadia - Musim Panas ni nak buat ape?



Sepertimana yang ramai mungkin tidak tahu, sekarang ni, dah ade banyak ahli - ahli perubatan yang bertauliah yang dah mula aktif di social media untuk membantu memberikan tips penjagaan kesihatan yang betul.

Dan hari ni, keluarlah satu post ni dekat wall kitew. Post ni dari Dr. Erna Nadia, antara doktor - doktor yang sudi bersosial media untuk membantu pembaca - pembaca mendapat info yang sahih.
Sempena musim panas ni, beliau berikan tips tips berikut untuk kita amalkan dan praktikkan.

----------------------------------------

Cuaca panas dan jerebu yang dijangka akan berlarutan sehingga bulan Oktober ini agak menggusarkan beberapa pihak. Nak nak pula musim cuti sekolah yang sudah bermula hari ini di sesetengah negeri.
Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk kekal sihat pada cuaca panas litlit ni?

1.Hydrate hydrate hydrate
Kekalkan badan di dalam keadaan yang cukup air dengan meminum air masak atau air kosong secukupnya tanpa mengira aktiviti yang dijalankan. Tak kiralah anda kerja di dalam aircond atau di bawah terik menteri eh mentari, amalkanlah minum air kosong secukupnya iaitu sekurang kurangnya 8-10 gelas sehari.
Air sejuk ke panas?
Tak kisahlah janji air kosong.

2. Pakailah pakaian yang ringan dan menyerap peluh serta longgar. Lebih elok jika memakai pakaian yang berwarna terang kerana warna gelap seperti hitam menyerap haba yang menyebabkan anda lebih panas dan berbahang.

3. Bukalah kipas atau aircond di rumah, di tempat kerja atau di mana sahaja anda berada untuk menyejukkan kawasan sekeliling. Pastikan rumah anda ada pengaliran udara yang elok dan tidak terkedap ye. Buka tingkap di waktu siang.

4. Pakailah topi atau payung jika anda mempunyai kerja atau aktiviti yang memerlukan anda berada di bawah sinaran mentari untuk jangka masa yang lama. Ini adalah untuk melindungi diri anda daripada pancaran haba secara terus kepada badan.

5. Kurangkan minuman berkaffein, beralkohol dan tinggi gula. Minuman minuman ini hanya akan menyebabkan anda lebih dahaga.

6. Banyakkan memakan buah buahan. Jangan tak tahu, buah juga mengandungi air.

7. Elakkan berada di dalam kenderaan yang tertutup tanpa membuka aircond ye. Suhu di dalam kenderaan tertutup sangatlah tinggi jika tidak buka aircond. Sia sia nanti dapat heat stroke.

8. Lebihkanlah aktiviti di dalam rumah. Haa masa inilah masa terbaik untuk buat aktiviti keluarga bersama sama. Kemas rumah ke, masa ke , main sama sama ke, baca buku sama sama ke, makan sama sama ke. Selain dapat mengeratkan kasih sayang, dapat juga jimat duit sebab duduk dalam rumah kan.

9. Kerapkan mandi untuk memastikan anda kekal fresh dan tidak berbau akibat peluh yang melampau.

10. Periksa makanan yang dibeli awal sebelum makan. Dalam cuaca panas, makanan yang dibiar lama mudah rosak atau basi. Jadi, hati hati.

11. Berhentilah merokok. Anda hanya akan mengundang bahana sahaja kepada diri sendiri dan orang sekiling. Saya tahu susah nak berhenti, tapi kurangkanlah dahulu kuantiti hari demi hari.

12. Untuk yang mempunyai masalah sakit tekak akibat tekak kering, tak perlu pun ubat batuk atau antibiotik. Dapatkan rawatan doktor jika anda ada demam dan sakit tekak yang melampau. Tekak biasa akan kering bila badan kurang air diiringi dengan cuaca yang panas.
Kurangkan makan makanan yang pedas, masam dan bersuhu tinggi. Ini akan membuatkan tekak anda yang kering dan sakit itu makin teruk sahaja. Makanlah makanan yang lembut dan sejuk, contohnya puding ke agar agar ke roti. Dan haruslah minum air masak banyak banyak ok.
Boleh cuba beli lozenges juga.

13. Jangan lupa pakai sunblock ok.
Macam mana nak pilih? Boleh baca artikel saya tentang tips memilih sunblock.

Perlu ke air cap badak ke air penyejuk badan ke?
Tak perlu membazir.
Minum sahaja air masak biasa yang ada kat rumah tu.

Boleh ke nak bersenam dalam cuaca panas ni?
Boleh insha Allah.
Tapi pastikan bukan di bawah terik mentari, jerebu tidak terlalu tebal dan anda minum air masak lebih dari biasa serta pakai baju yang ringan.

Strok haba boleh terjadi jika suhu badan meningkat lebih daripada 40.5 darjah celcius.
Suhu badan yang normal untuk manusia adalah kira kira 37 darjah celcius.

Jika ada tanda tanda seperti sakit kepala, kepala berdenyur denyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas, denyutan nadi menjadi laju, kejang oto, muntah, kulit terlalu kering dan rasa seperti mahu pitam, ini adalah tanda tanda strok haba. Dapatkan tempat yang sejuk dan minumlah air secukupnya dan berehat.
Jaga diri ok semua.
Dalam kita berseronok, jangan lupa untuk kekal sihat.
Dan jangan lupa untuk senyum dan gembira selalu😊
Nota kaki : Baru panas dunia, macam manalah panasnya neraka ( tiba tiba)

Dr. Erna Nadia
Suka minum kopi sehari sekali tapi suka 
sangat minum air masak setiap hari



----------------------------------

 Dr. Erna Nadia


All credits goes to her okay guys? Now kalau kawan kawan ade facebook, cecepatlah pergi follow diorang ni ye. free health tips, right to your news feed gaisss. Klik je gambar profile tu nanti sampailah korang dekat fb dr erna yew. mihmihmih








By the way gais. kalau nak cari gambar comel comel, free, boleh tengok dekat www.freepik.com tau. muahhxx
r
g
 r
g










fndfhdfh



Monday, August 6, 2018

The Fish Shack - Rase Fish n' Chip yang asli dari planet pluto! Episod 005

The Fish Shack - Antara tempat makan fish n chip asli yang terbaik di Kuala Terengganu. Hidangan fish n chip ini dinspirasikan dari hidangan asli negara barat, dan dibawa ke malaysia.




Ikan yang digunakan bukan ikan dory tau! Alamilah kesegaran sebenar fish n chip, bersama tartar sos dan juga cuka yang pasti meletuskan deria rasa lidah anda!



Jom ke The Fish Shack. Untuk lokasi, anda boleh tekan link di bawah untuk terus buka gps dan terus ke lokasi gaiss.

https://goo.gl/maps/P2zdd8fEXnA2

ataupun boleh jugak klik gambar map kat bawoh ni gaiss.


Dah makan tu, jangan lupe share komen ke, share lah post ni ke, ajak lah saye pegi makan sekali ke. Tempat makan paling best dan viral di kuala terengganu ni. Mane lah nak dapat hoi! Jom lah kite! #kenesinggohboh 


Dapur Mek Suri - Kambing Penyet dan Sotong Penyet lazat! Episod 004


Antara kedai makan yang terawal membawa masakan ayam penyet di Kuala Terengganu, Mek Suri kini kembali dengan masakan kambing penyet yang perghhhh dan sotong penyet yang lembut, enak, dihidang bersama air asam yang lazat, justeru membawa kepada keenakan yang tak terhingga. 

#kenesinggoh boh. jangan lupa cuba kedai ini jika anda ke kuala terengganu. 

Untuk lokasi tepat gps ke kedai ini, anda boleh klik link di bawah, atau klik gambar peta di bawah, dan lokasi tersebut akan dibuka dalam google maps anda




Dah rase nanti, jangan lupe lah share lah dekat kawan kawan pulak ye gaisss. xoxo

Friday, August 3, 2018

Page 1. Nak tulis ape ni?

Akhirnya setelah beberapa ketika plan nak buat blog yang betul betul betul betul fokus nak buat blog, akhirnya, muncullah blog ni.

Nanti free - free singgahlah ig kite ke, fb kite ke, youtube kite ke, mane mane lah. Ade topik best best nanti kite share sini ye.

By the way, nama saya imran. berasal dari Terengganu. photographer, dan videographer. sangat lah suka travel, makan, berjalan, dan pelbagai lagi lah. Instagram @imrantalib, facebook imran talib, dan youtube channel pun hello imran talib ye. Jemputlah singgah ye nanti. :D