Monday, May 20, 2019

imrantalib.com! akhirnya dapat domain baru guys. semangat baru, azam baru. semua baru lah.

Blog ni sebenarnya dulu saya start masa ada banyak masa lapang. Beberapa lama kemudian, dah jadi busy sebab dah start bisnes fotografi dan videografi (www.studio11.my).

Bila dah start bisnes baru, mula lah. Keutamaan dah berubah. dan akibatnya, pelaburan masa dan idea (blog ini) pun jadi terbantut. Tetapi, sekarang ni, selepas berusaha dengan penat lelah, akhirnya saya berjaya melepaskan diri dari kusut masai kerja yang tak sudah, dan akhirnya mampu untuk memulakan kembali minat yang dulu.

Cuma beza dier kali ni, saya juga dah start vlog - video blog. since sekarang saya dah ada kamera, sekarang saya dah jadi imran talib vlogger blogger.

dan sekarang juga dah ada website sendiri yang harapnya lebih mantap untuk imran talib ni, iaitu www.imrantalib.com

imran talib - blog baru start guys. 


So guys. kalau korang ada lah terjumpa entry ni, belanja lah imran talib satu follow, satu share ke, satu like ke, mihmihmih

Link ke website blog baru - www.imrantalib.com

Link ke Youtube Channel baru - www.youtube.com/c/imrantalib

Link ke instagram imran talib guys - www.instagram.com/imrantalib

facebook pun ade. tapi kat facebook lagi lah banyak imran talib ni merapu. jadi. nantilah. hihihi

guys, kalau ade sape sape yang singgah sini, sudi sudi lah mengomen ye. nanti kite visit balik tau! mmmuahhxx xoxo



Topik untuk blog imran talib yang baru ni, ataupun vlog imran talib ni tak lah banyak sangat beza nya berbanding yang ini. dan mungkin nanti saya akan copy balik content dekat sini ke blog imran talib yang baru tu. cumenye. beza paling besau sekali, yang ni dalam bahasa malaysia, yang baru tu bahasa inggeris. hewhewhew

Kemungkinan yang sangat tinggi untuk saya buat dwibahasa sebenarnya. tapi for now, sebab sedikit lagi masih sibuk, mungkin akan ambil masa sedikit.

Dan sedikit kata akhir, gais, ape sahaja yang korang tengah usahakan, NEVER GIVE UP. takpe kalau korang bergerak perlahan, asalkan korang terus berjalan ke depan.